Filem – filem seram dan thriller yang dihasil
berdasarkan dari kisah benar.
1. Silence of The Lambs (1991)
Filem thriller ini dihasilkan pada tahun
1991. Arahan Johanthan Demme dan dibintangi oleh Jodie Foster, Anthony
Hopkins dan Scott Glenn. Diadaptasikan dari Novel Silence of The Lambs
tulisan Thomas Harris yang diterbitkan pada 1988.
Watak Buffalo Bill dalam filem ini
diambil dari kisah seorang pembunuh bersiri yang sakit jiwa, Ted Bundy.
Seperti Bill, Bundy juga akan membuat dirinya seperti tercedera untuk
menarik wanita sebelum menculik dan membunuh wanita berkenaan.
2. Psycho (1960)
Filem seram, psychology ini diarahkan
oleh Alfred Hitchcock, lakonan Anthony Perkins, Vera Miles, John Gavin,
dan Janet Leigh. Berdasarkan kisah benar pembunuhan di Wisconsin.
Karakter Norman Bates yang suka membunuh
wanita ialah berdasarkan pembunuh siri di Amerika bernama Ed Gein. Pada
tahun 1950an, Gein akan melawat tanah perkuburan dan akan menggali
mayat yang menyerupai ibunya.
3. Dracula
Dracula adalah karater yang paling kerap
dijadikan filem dan kebanyakkan filem – filem yang berkisarkan seram
dan hantu. Hakikatnya, Dracula adalah pemerintah Romania yang paling
kejam sekali di dunia.
Dracula yang sebenarnya ialah Putera
Romania bernama Vlad the Impaler. Vlad akan menyucuk mangsa dengan
pancang sehingga organ penting mangsa berlubang. Ini menyebabkan
mangsanya akan mengalami kematian yang perlahan dan menyeksakan.
Antara filem yang mengunakan karakter Dracula ialah, Dracula Untold, Bram Stoker’s Dracula (1992) dan lain – lain.
4. The Girl Next Door (2007)
Filem The Girl Next Door (atau dikenali juga sebagai filem Jack Ketchum’s The Girl Next Door) adalah
filem seram yang diadaptasikan dari kisah benar penyeksaan Sylvia
Likens oleh Gertrude Baniszewski semasa musim panas pada tahun 1965.
Kisah ini berdasarkan kisah Gertrude
Baniszewski yang telah mengikat Sylvia Wilkens di rumahnya pada tahun
1965. Gertrude kemudian memukul, membakar dan membiarkan Sylvia
kelaparan sehinggalah Sylvia mati.
5. The Conjuring (2013)
Filem Conjuring ini mengambil daripada
kisah benar yang mana sebuah rumah yang berhantu di Rhode Island pada
tahun 1970an. Penyiasat paranormal terkenal Ed & Lorraine Warren
mendakwa roh jahat muncul di rumah berkenaan pada setiap hari pada waktu
5.15 pagi.
Banyak kejadian yang menakutkan terjadi
kepada keluarga tersebut. Roh Batsheba Sherman yang dikatakan mengganggu
keluarga Perron dikatakan sebagai seorang yang mengamalkan ilmu hitam.
Filem ini Conjuring antara filem – filem seram yang mendapat BoxOffice.
6. Open Water (2003)
Filem Open Water berdasarkah
kisah benar pasangan Tom dan Eileen Lonergan yang terdampar di lautan
berdekatan Great Barrier Reef. Bot yang mereka naiki semasa menyelam
telah meninggalkan mereka tanpa sengaja. Mereka berdua tidak dapat
dijumpai walaupun usaha besar-besaran mencari mereka dilancarkan.
Filem ini menelan kos
pembikinan sebanyak AS$130,000 tetapi berjaya mendapat kutipan sebanyak
AS$55 juta. Menjadikan filem berdasarkan kisah benar yang paling berjaya
sekali.
7. Amityville Horror (1979)
Filem Amityville Horror
mengambil kisah mengenai pasangan yang baru berkahwin iaitu George dan
Kathy Lutz. Mereka mendapat tahu rumah yang mereka beli dengan murah
iaitu “High Hopes” sebenarnya berhantu.
Mereka berpindah kesitu 13
bulan selepas pemilik sebelumnya Robert DeFeo Jr membunuh 6 ahli
keluarganya. Setelah 28 hari tinggal di rumah berkenaan, pasangan Lutz
akhirnya berpindah kerana tidak tahan diganggu.
8. The Hills Have Eyes (1977/2006)
Filem ini dihasilkan pada
tahun 1977 dan remake pada tahun 2006. Filem diadaptasikan dari sebuah
kisah dimana terdapat satu kaum kanibal di Scotland yang tinggal di
sebuah gua yang telah memakan lebih 1,000 orang manusia pada tahun 1700.
Tetapi mereka mengubahnya menjadi filem ini lebih kepada fiksyen seram.
Filem ini berkisah sebuah keluarga yang telah diserang oleh ‘mutant’ ketika mereka tersangkut di tengah padang pasir.
9. The Exorcism of Emily Rose (2005)
Filem Arahan Scott Derrickson dan
lakonan Laura Linney dan Tom Wilkinson adalah kisah seqeul selepas
kematian Emily Rose akibat dirasuk. Filem ini lebih kepada perbicaraan
paderi yang cuba menyelamatkan Emily dari dirasuk dan flashback ketika
kejadian.
Filem ini mengambil kisah remaja 17
tahun Anneliese Michel yang dikatakan telah dirasuk oleh syaitan pada
tahun 1968. Anneliese dilaporkan sering berkelakuan menyalak seperti
anjing. Dalam upacara menghalau syaitan, Anneliese Michel telah maut
akibat dirasuk. Salah satu babak dalam filem berkenaan dikatakan
merupakan rakaman asal ketika upacara menghalau syaitan yang dilakukan
oleh paderi.
10. Child’s Play (1988)
Filem Child’s Play ini diadaptasikan
dari 3 penjenayah terkenal Amerika pada waktu itu iaitu Charles Manson,
Lee Harvey Oswald, dan James Earl Ray. Hasil gabungan 3 penjenayah kejam
itu menjadikan nama sebenar Chucky Charles Lee Ray.