Thursday, 8 October 2015

Pontianak Menangis

Joey Daud, Yassin SYJ, Watie Sadali, Hamdan Senario, Soya

 

TAJUK : Pontianak Menangis

Tarikh Tayangan :  1 Oktober 2015
Genre : Komedi / Seram
Pengarah : Ismail Jejaka

Pelakon : Joey Daud, Yassin SYJ, Watie Sadali, Hamdan Senario, Soya

Sinopsis :

Berkisahkan Kampung Selamat yang kerap malam digangu pontianak dan setiap hari sering berlaku kecurian harta benda penduduk kampung selamat. Disebabkan kejadian itu, penduduk kampung selamat telah berpakat untuk mencari jalan bagi menyelesaikan masalah yang mereka hadapi diatas ganguan yang berlaku setiap hari.
Seorang pemuda yang bergelar Man Kelentong telah memberi cadangan yang kononnya dia mengenali seorang pakar pengusir pontianak dari tanah jawa yang digelar Raja Paku.Diatas cadangan yang menarik itu, seluruh penduduk kampung selamat telah sepakat bersetuju cadangan Man Kelentong.
Oleh kerana Raja Paku yang diceritakan oleh Man Kelentong itu tidak wujud, dia berpakat dengan rakan karibnya “Mat Nyeh” untuk menyamar sebagai Raja Paku.Mat Nyeh bersetuju dengan cadangan itu hingga dipercayai oleh semua penduduk kampung selamat.
Harapan tinggi penduduk kampung selamat mengharapkan mat nyeh dapat mengusir pontianak.Tetapi lain pula terjadi apabila mat Nyeh telah jatuh cinta pada pontianak itu.Akhirnya segala kejadian yang terjadi di kampung selamat terbongkar dan bukan disebabkan oleh perbuatan pontinanak. Semuanya terbongkar dan siapakah dalang yang berbuat onah dalam semua kejadian di kampung selamat ini.

Tonton Filem Terbaru

No comments:

Post a Comment