Tuesday, 14 July 2015

Filem Menarik Di Pawagam Bulan Julai 2015


Ada beberapa filem menarik yang sedang dan akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada bulan Julai ini.  Filem yang paling mencuri tumpuan ialah filem Terminator Genisys, Ant-Man, dan Mission Impossible Rogue Nation. Filem-filem menarik dari Asia pula seperti Twenty, Attack On Titan, dan Paris Holiday. Kalau tak tahu nak tengok filem apa di wayang boleh lah tengok dulu trailer dan sinopsis ringkas dekat bawah ini.
Arnold Schwarzenegger, Jason Clarke, Emilia Clarke, Jai Courtney

Terminator Genisys

Tarikh Tayangan: 2 Julai 2015
Barisan pelakon: Arnold Schwarzenegger, Jason Clarke, Emilia Clarke, Jai Courtney,


Filem sekuel ke-5 Terminator. Mengisahkan John Cornor yang masih lagi berjuang menentang Skynet. Dia menghantar orang kanannya, Kyle Reese ke masa silam dalam misi untuk menyelamatkan ibunya Sarah Conor dan meneruskan kewujudannya sendiri.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Attack On Titan: Crimson Bow & Arrow

Attack On Titan: Crimson Bow & Arrow

Tarikh Tayangan: 2 Julai 2015

Filem adaptasi daripada siri manga popular Attack On Titan. Filem ini pada dasarnya adalah kompilasi bagi 13 episod awal siri TV anime. Kisah mengenai perjuangan manusia yang hidup dikelilingi dinding besar bagi mengelakkan diri dari dimakan makhluk gergasi.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ant-Man

Tarikh Tayangan: 16 Julai 2015
Barisan pelakon: Paul Rudd, Michael Douglas, Evangeline Lilly, Corey Stoll

Filem superhero mengenai Scott Lang yang berupaya mengecilkan diri seperti semut dan menjadi kuat hasil penemuan hebat ciptaan Dr. Hank Pym. Disebalik kejayaan itu, mereka bersama melindungi rahsia tersebut daripada jatuh ke tangan penjahat yang ingin mencuri ciptaan itu.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Nat Wolff, Cara Delevingne, Halston Sage, Austin Abrams

Paper Towns

Tarikh Tayangan: 23 Julai 2015 Barisan pelakon: Nat Wolff, Cara Delevingne, Halston Sage, Austin Abrams 


Filem adaptasi novel 'The Fault In Our Stars'. Kisah mengenai Quentin yang dikunjungi oleh jiran beliau Margo pada waktu malam, meminta bantuan untuk membalas endam pada orang-orang yang telah menyakitinya. Tetapi keesokan harinya, gadis tersebut menghilangkan diri dan meninggalkan klu untuk mencari beliau. Semasa pencarian itu, Quentin memahami lebih mendalam tentang erti persahabatan dan cinta sejati.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kim Woo-Bin, Lee Junho, Kang Ha-neul, Jung So-Min, Jung Joo-Yeon, Lee Yoo-Bi

Twenty

Tarikh Tayangan: 23 Julai 2015
Barisan pelakon: Kim Woo-Bin, Lee Junho, Kang Ha-neul, Jung So-Min, Jung Joo-Yeon, Lee Yoo-Bi



Kisah kehidupan tiga sahabat iaitu Chi ho, Kyung Jae dan Dong Woo yang baru sahaja menamatkan pengajian tinggi dan mencapai umur 20 tahun. Banyak kejadian lucu dan romantik yang mereka alami.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Louis Koo, Amber Kuo, Janice Man

Paris Holiday

Tarikh Tayangan: 23 Julai 2015
Barisan pelakon: Louis Koo, Amber Kuo, Janice Man




Filem romantik yang berlaku di kota Paris. Kisah tentang dua pasangan yang tinggal sebilik akhirnya jatuh cinta antara satu sama lain

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Tom Cruise, Simon Pegg, Jeremy Renner,

Mission Impossible Rogue Nation

Tarikh Tayangan: 30 Julai 2015
Barisan pelakon: Tom Cruise, Simon Pegg, Jeremy Renner,

Filem aksi lakonan Tom Cruise yang kembali menjadi agen IMF Ethan Hunt dalam usaha memerangi organisasi sindiket jahat yang ingin menghancurkan IMF. Terdapat banyak aksi hebat dan mendebarkan. 

Jangan terlepas untuk saksikannya di pawagam berdekatan anda.

No comments:

Post a Comment